Thursday 21 February 2013

TGIF


Ungkapan biasa bergema di telinga saat jumaat menjelma. Thanks God its Friday!



Bagi aku, Friday is ahad. hari cuti untukku. But not all for this week. Sedih sedunia.

Walau hati sering kali menolak dan syaitan berkeliaran membisik kata MALAS. Membangkit longlai.
Disiplin diri harus ditegakkan. Remember your goal. That’s all can make you rise and shine!

Alhamdulillah bila Test Biology ditunda ke minggu hadapan. Persiapan boleh direschedule again. Namun, quiz juga mendatang. Masa harus dibahagi darab tolak bahagi dengan jitu.
Saat merungut pada lecturer terlalu kerap test and quiz, pasti MACAM TULA HIDUP STUDENT menjadi 
jawapan. Too mainstream. Hmmmmmmmmmmmm.

Cakap la: Okay, test dibatalkan. Quiz madam bagi full mark jela.

SERONOKKKKKKKK!

Whatever it is, I have a lot to settle this weekend. I got training session for teaching Math and Science untuk budak budak yang comel. Agaknye. Dan harapnye.

Ingin juga mempropa di event besar uitm hujung minggu ini. Berjimba menghibur hati yang lara. Ecececece kemain duka bunyi nya.

Meruntun harapan la diri ini nak menyenyakkan diri sampai tengahari.

XOXO. Bye.

Kota Samarahan



Menyingkap masa lalu balik jendela hiba. Minda mengulang kisah saat melayang balik awan di langit biru. Sungguh aku rindu saat pertama kali menjatuhkan diri di kota yang agak sepi ini. OUCHh. HAHA.

Mutiara hati selalu gugur jatuh ke bumi terkenang tanah kelahiran. Tidak pernah bersimpuh di tempat orang membuatkan diri terasa asing. Like seriously I don’t have any friends here at the first moment till I meet my dainty roomate Shasha.


Luckily I can survive when I start to make friends here. And guess what they are beyond my expectation. They are just too special in their own way. XOXO.


Di sebalik segala suka, menipu jika tutur kata tidak pernah merungut rasa rindu. Homesick all the way. Hanya hati mengerti rasa rindu yang teramat pada teratak indah bapa. Hanya ibu menjadi tempat luahan setia kala hati gusar. Walau umur kini meningkat –an, tanpa segan silu teresak-esak di hujung telefon. I just can’t afford the sadness.


Kadang-kadang, rasa ingin pulang membuak buak sehinggakan pernah sekali cuti 3 hari bapak terbangkan aku balik dek kerana tidak tahan dengan tangisanku. Malu.


Aku mengambil masa yang agak lama untuk blend with the environment here. Bersyukur aku masih di sini dan study masih on track. Alhamdulillah ya Allah.


Rakan seperjuangan selalu di sisi saat aku melabuh tirai duka. Mereka seakan mengerti betapa bergolaknya hati ini. Aku takkan pernah lupa jasamu, sayang.








Bumi Kota Samarahan banyak mengajarku erti kehidupan, metafora dunia, dan erti kepercayaan. Gurau senda yang sering mengukir senyuman di bibir manis setiap rakan yang kadang-kadang bisa itu sudah biasa. Corak dan rencah kehidupan diukir indah dengan pelbagai ragam dan karenah manusia yang menceriakan hari layuku.




Panjat syukur padamu ya Allah, kini kaki menjejak hujung semester 4. Dan aku masih berdiri mengukuhkan langkah disini. Pelbagai onak ranjau telah ku redah. Luka luar luka dalam, hari hari ku hadapi.


Sehingga saat ini aku masih memburu kecemerlangan yang aku impikan. 
Pohon doa untukku.


Terima kasih Kota Samarahan.



DRAMA BERAKHIR. XOXO.